Wednesday, June 26, 2013

syurga atau neraka??pilihan anda...

Kepada Siapa Aku Berharap ? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129



"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."


::CIK YUYU  

wanita.
Peliharalah aurat dan tubuh mu sebagaimana kehendak Pencipta, bukan mengikut citarasa, kerana yang demikian itu pastinya,SYARIAT TERJAGA, MARUAH TERPELIHARA…


Baik lelaki mahupun wanita masing-masing perlu menutup tubuh badan bukan sahaja untuk berlindung dari panas dan hujan tetapi lebih kepada menjaga maruah dan kehormatan diri…


“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 



"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan   memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya"


Tapi Kenapa kita tayang mahkota kita? 

Tahu apa azab kita di akhirat nanti apabila mendedahkan aurat?




1.Balasan wanita yang menayang rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.


2.Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

3.Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.



Sama-sama Muhasabah diri kita 

Syurga atau Neraka pilihan anda? 

|| Aurat Terjaga,Maruah Terpelihara ||

3 comments: